Sunday, 30 October 2011

Kursus Pemantapan Akademik Tingkatan 4

TARIKH / MASA
8.00-9.00 am
9.00-10.30 am
10.30-11.00 am
11.00-12.00
12.00-01.00
SELASA
25/01/2011
MTD / PK HEM

SLOT
AKADEMIK
(Kaunselor / Ketua Bidang Vokasional)
REHAT
AMANAT PENGETUA
(Haji Abdullah Zawawi bin Yahya)
SLOT KENALI ALIRAN / KURSUS
(Cikgu Jailuddin)

Faedah Berzikir

Terngiang-ngiang bayangan Masjid Pondok Pasir Tumboh, masjid yang menjadi tempat solatku sejak umur lima tahun lagi, kali ini saya hendak berkongsi pengalaman ketika belum terbang ke Mesir lagi.
Selepas solat Subuh di masjid itu, ada majlis berzikir sehingga pukul lapan pagi. Sememangnya pada permulaannya malas juga hendak berzikir lama-lama tetapi ketika berada dalam keadaan menganggur di rumah semasa menunggu result SPM, saya cuba juga kuatkan diri ini menyertai majlis zikir ini.

Beberapa minggu selepas itu, aku merasai seperti ada kelainan selepas aku menyertai majlis zikir itu. Biasanya selepas solat Subuh aku terus tidur tetapi tidak dapat lelapkan mata ini walaupun aku tidur lewat malam.

Tetapi jika hari itu aku tidak menyertai majlis tersebut, letak sahaja kepala atas bantal, pasti terlelap. Aku pelik mengapa berlaku seperti itu, sehinggalah aku mendapat maklumat tentang kelebihan berzikir dalam sudut Sains ini.

Otak sebenarnya ialah satu himpunan aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi secara sempurna.

Ketika otak berfungsi, berlaku perubahan kimia di dalamnya yang melibatkan pergerakan ion-ion atau atom-atom yang membawa cas. Setiap hari empat belas juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan enam belas juta saraf tubuh yang lain.

Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas. Ukuran isyarat otak yang terhasil daripada aktiviti elektrik yang dikenali sebagai elektro-ensefalogram (EEG).

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimah-kalimah Allah S.W.T, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut.

Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.

Otak mula memahami perkara baru, melihat daripada perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedangkan sebelum berzikir otak tidak sebegini. Otak yang segar dan cerdas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. Kajian dilakukan di University of Washington dengan menggunakan ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.

Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.

Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang kali, aktiviti saraf otak merebak ke kawasan-kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama.
Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Jika ia mengaitkan tentang kecerdasan otak, maka betullah sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

"Orang yang berzikir kepada Allah S.W.T ditengah-tengah orang yang lalai ibarat sebuah pepohonan yang hijau ditengah-tengah pepohonan yang kering."

Oleh itu , saudara-saudaraku seislam, ketika saintis barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini sudah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.

Jadi tunggu apa lagi, jom zikir!

PROGRAM OUTREACH / KEMASUKAN 2011

LAPORAN PROGRAM OUTREACH / KEMASUKAN 2011 KE
SEKOLAH MENENGAH VOKASIONAL BESUT SESI 2012

JADUAL LAWATAN SEKOLAH SEKITAR DAERAH BESUT KE SMV BESUT
BIL
MASA
HARI
TARIKH
SEKOLAH
GURU PENGIRING
BIL PELAJAR
CATATAN
1
9.00 am – 11.00 am
Khamis
11/10/2011
SMK BUKIT PAYONG
GURU PENYELARAS TINGKATAN 3
44 ORANG

2
9.00 am – 11.00 am
Isnin
17/10/2011
SMK JABI
GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING
34 ORANG

3
9.00 am – 11.00 am
Rabu
19/10/2011
SMKA ITTI’ FALKIAH
GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING
42 ORANG

4
9.00 am – 11.00 am
Selasa
25 /10/2011
SMK GUNTONG
GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING
37 ORANG

5
8.00 am- 10.00 am
Khamis
27/10/2011
SMK SERI BUKIT PUTERI
GURU PENYELARAS TINGKATAN 3
40 ORANG

PROGRAM PENDAFTARAN DAN ORIENTASI SEKOLAH BAGI KEMASUKKAN PERTAMA 2011

LAPORAN PROGRAM PENDAFTARAN DAN ORIENTASI SEKOLAH BAGI KEMASUKKAN PERTAMA 2011

1)         LATAR BELAKANG
Semua peserta adalah terdiri daripada semua pelajar tingkatan 4 SMT Besut 2010
2)         RASIONAL
Memberikan makluman dan pengenalan terhadap kursus-kursus yang diambil di SM Teknik Besut di samping meningkatkan motivasi diri pelajar baru agar dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah dan asrama.
3)         OBJEKTIF
1.    Meningkatkan proses penyesuaian diri dengan persekitaran sekolah dan guru-guru di SM Teknik Besut.
2.    Pelajar didedahkan dengan kursus-kursus dan matapelajaran yang di ambil di SM Teknik Besut.
3.    Pelajar akan mempunyai motivasi diri yang kuat untuk berdepan dengan cabaran di sekolah baru.
4.    Meningkatkan tahap disiplin diri pelajar di samping mengetahui permasalahan pelajar vokasional dan kemahiran
4)         KEWANGAN
Tiada kewangan diperuntukkan.

6)         LAPORAN PELAKSANAAN
HARI
TARIKH
TEMPAT
BILANGAN PELAJAR
SELASA
25/01/2011
DEWAN SEKOLAH
SEMUA PELAJAR TINGKATAN 4


7)         RUMUSAN, KOMEN DAN PANDANGAN
            Diharapkan tahun hadapan ada peruntukan untuk mengadakan aktiviti.

Reda Dengan Ujian Yang Diberi Oleh Allah SWT


Ujian Allah iaitu suatu perkara yang telah ditentukan oleh Allah SWT kepada sesiapa saja yang selagi dinamakan manusia (terutama orang-orang yang beriman kepada Allah), maka dia tidak akan sunyi dari dikenakan ujian, cabaran dan rintangan dari Allah SWT. Dalam kehidupan seharian ini, ujian Allah ini bergantung sejauh mana kecintaan kita terhadap yang Maha Pencipta.

Ada orang di uji dengan penyakit, ada yang terpaksa memelihara anak-anak yang cacat, ada yang suami penagih dadah, isteri yang ditinggalkan kerana perempuan lain, panas baran yang menyiksa isteri, malah ujian rumahtangga ini yang paling common sekali. Ada yang masih keci sudah diuji, dimana ibu bapa meninggal dunia, dirogol keluarga sendiri, diseksa ibu tiri dan macam-macam lagi di luar sana.

Andai dirimu di uji dengan kesusahan hidup, tetapkan hatimu dan bersangka baiklah (husnu dzon) pada Allah SWT. Itu tandanya Allah rindu untuk mendengar luahan bicaramu. Allah amat suka mendengar bisikan-bisikan hati yang rindu kasih sayangNya.

Sedang dirimu di uji, Allah sebenarnya ingin memeliharamu dari sejuta keburukan. Ingatlah orang-orang yang dikasihi Allah SWT. Setiap kesusahan itu akan diakhiri dengan kebaikan dan kemuliaan. Maka hendaklah engkau lapangkan dadamu dan bersyukur penuh redha agar kebaikan dunia akhirat itu menjadi penghuni hatimu. Moga kedukaan itu berganti dengan ketenangan, redha dan ikhlas dalam setiap apa yang berlaku lantaran husno dzonnya engkau pada ALLAH SWT.
Ayat 2 Surah al-Ankabut, yang bermaksud,

"Adakah manusia itu mengira, bahwa Kami akan membiarkan sahaja mereka berkata: Kami telah beriman, sedangkan mereka belum diuji oleh Allah swt."

Suatu peristiwa bilamana Saad bin Abi Waqash bertanya kepada Nabi saw, "Ya Rasulullah, siapakah manusia yang paling teruk kena uji?"...Lalu jawab Rasulullah saw, "Yang paling teruk kena uji ialah para nabi dan para rasul, kemudiannya golongan yang mengikut para nabi selepas zaman nabi (tabiin) dan kemudiannya golongan selepas tabiin yang mengikut para tabiin."

Allah s.w.t. berfirman "Tiadalah terjadi sesuatu bencana itu melainkan dengan kehendak Allah, dan siapa yang percaya kepada Allah nescaya dipimpin Allah hatinya" (Surah At-Taghabun:11)
Allah s.w.t. berfirman "Orang-orang yang beriman itu akan menjadi tenteram hati mereka. Ingatlah dengan mengingati Allah itu hati akan menjadi tenteram" (Surah Ar-Rad:28)

Oleh itu dengan mengenal diri, seseorang akan tahu dimana kelemahan dan kelebihan yang ada pada dirinya. Dia juga akan tahu, bagaimana untuk memperbaiki dan meningkatkan mutu ibadahnya kepada Allah SWT. Nabi SAW pernah  berkata "Sampaikan sesuatu, walaupun hanya dengan satu ayat"

PROGRAM KEM KEPIMPINAN PERDANA 2011










LAPORAN PROGRAM KERJAYA DAN PELUANG MENGIKUTI PENGAJIAN KE INSTITUSI PENDIDIKAN (IPTA/IPTS) DAN KEMAHIRAN 2011

1)         LATAR BELAKANG
Semua peserta adalah terdiri 32 orang pelajar lelaki dan perempuan tingkatan 5 SMT Besut
2)         RASIONAL
Memberikan pendedahan kepada pelajar tentang peluang melanjutkan pengajian ke institusi pengajian awam dan swasta serta kemahiran
3)         OBJEKTIF
1.            Membuka minda pelajar tentang peluang pengajian dalam kursus yang diambil di sekolah.
2.            Meningkatkan kefahaman tentang cabaran dunia pendidikan dan latihan kemahiran
3.            Meningkatkan motivasi pelajar untuk berusaha dan memperbaiki diri
4.            Memberi peluang kepada pelajar untuk mengetahui sendiri tentang maklumat kerjaya bagi meningkatkan keinginan untuk mencapai apa yang diimpikan
4)         PERUNTUKAN
            Bas disediakan

6)         LAPORAN PELAKSANAAN
HARI
TARIKH
TEMPAT
BILANGAN PELAJAR
GURU PENGIRING
JUMAAT
14 Januari 2011
Pusat Dagangan Terengganu, Kuala Terengganu, Terengganu
32 orang
En Mohammad Azhar bin Mohd Ghazali
Tuan Haji Afifi


7)         RUMUSAN, KOMEN DAN PANDANGAN
Program berjalan dengan baik dan lancar. Diharapkan pelajar mendapat manafaat daripada program yang dilaksanakan

SENARAI NAMA PELAJAR
BIL
NAMA PESERTA
KELAS
1
MUHD ZAIN BIN ABAS
5BB
2
MOHAMAD AIMAN SHAZLY BIN SHUKRY

3
MUHAMMAD FIKRI BIN ASHARI
5 ENEK1
4
AMIRUL HAQIM BIN MOHAMAD
5 PK
5
MOHD KHAIRUL FAIZI BIN MOHD NAWI
5 PK
6
MOHD FIRDAUS BIN FAUZI
5 JKA
7
WAN MOHAMAD FARIS AKMAL BIN WAN HALIM
5 AUTO
8
AUNI FARHANA BINTI MAT YUSOFF
5 PK
9
SITI FAIRUZ BINTI HUSSIN
5 PK
10
NORSYATILAH BINTI MOHAMAD YAA’COB
5BB1
11
NUR ADILAH ANIS BINTI MAT HUSSIN
4 ENEK 2
12
NIK NOR FAJRINA NAJWA NIK FAIRUL AZMAN
4 ENEK 3
13
NURUL SAHIRA BINTI HANAPI
5 BB2
14
SITI ZULAIKAA BINTI ZULKARNAEN
5 BB2
15
AIN NATASHA BINTI CHE ROSMAN
5 BB2
16
MAZNI BIN SIDIK
5 BB2
17
NOR NABILAH BINTI ZULFAKUR
5 PK
18
NUR SYUHADAH BINTI ZULFAKUR
MENUMPANG
19
CHE ENGKU HANAN SHAKIMI BIN CHE ENGKU ABDUL AZIZ
5 PK
20
AHMAD HAFIZI BIN MOHAMED @ AZIZ
5 ENEK 2
21
MUHAMMAD ASRAF BIN MOHD AZHARUDDIN
4 KFL 2
22
MOHD HAFIZ BIN CHE ASHAK
5 MKM
23
AHMAD ALZILIE BIN HAJI AHMAT SUKRI
4 KFL 1
24
MUHAMMAD AQEEL BIN ROSLI
5 AUTO
25
MUHD ZAIM AIMAN BIN JUSOH
5 AUTO
26
MUHAMMAD NOR FAHMIE HUSSAIN
4 PK
27
AHMAD KHAIRIL AZWAN BIN MOHD
4 PK
28
MUHD ZUL FAZLI BIN MOHAMMAD
5 ENEK 2
29
AHMAD SHAFIQ BIN ABDULLAH
5 MPPU
30
MOHD ZUL FAHMI BIN HASAN
5 ENEK 1
32
AHMAD SHAUQI BIN CHE NOH
5 KFL 1
33
MOHD AZNADI BIN ABDUL YAZID
5KFL 1