Sunday 30 October 2011

Home » Pengenalan

Pengenalan

APAKAH ITU KAUNSELING?

Kaunseling adalah satu proses menolong pelajar yang memahami dirinya dan situasinya yang sebenar.Perkhidmatan ini memberi bimbingan dan perkhidmatan dalam bidang Akademik, Kerjaya, Sosial peribadi, Keluarga dan juga dalam hal‐hal lain.

OBJEKTIF PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
Perkhidmatan percuma dan ikhlas ini adalah untuk :

  • Mengenal dan memahami diri sendiri. Apakah kelemahan dan kekuatan yang ada pada diri seseorang pelajar.
  • Merancang masa depan yang sesuai dengan kemampuan dan matlamat hidup.
  • Belajar menghargai sumbangan dan jasa ibu bapa, guru‐guru dan rakan‐rakan.
  • Membuat penyesuaian peribadi, akademik, social, emosi dan persekitaran.
  • Membantu pelajar memilih kerjaya yang bersesuaian dengan minat dan personalitinya.
  • Melatih berfikir secara rasional dan bertindak dengan berkesan serta mampu membuat keputusan tepat.
  • Membentuk ciri‐ciri akhlak yang baik untuk menjadi warganegara yang berguna.
  • Mendedahkan bakat, minat dan kelebihan‐kelebihan diri/potensi diri yang terpendam.


 PERTOLONGAN INI DIJALANKAN ?


  •  Pertolongan akan diberi secara KAUNSELING INDIVIDU atau KAUNSELING KELOMPOK.
  • KAUNSELING INDIVIDU adalah pertemuan pelajar dengan kaunselor sahaja.
  • KAUNSELING KELOMPOK adalah pertemuan anda dan rakan-rakan anda dengan kaunselor.
  • Segala perbincangan dan maklumat yang anda berikan adalah dirahsiakan oleh kaunselor pelajar.

PERTOLONGAN INI DIJALANKAN ?

  • Pertemuan anda dengan kaunselor akan diadakan di bilik kaunseling, jauh daripada gangguan dan tidak boleh didengar orang lain.
  • Segala perbincangan dan maklumat yang anda berikan akan dirahsiakan.
  • Hanya anda dan kaunselor sahaja yang mengetahui masalah anda.

BERJUMPA DENGAN KAUNSELOR ANDA ?

  • Datang seorang untuk Kaunseling Individu atau bersama-sama rakan untuk Kaunseling Kelompok.
  • Datang memberitahu kaunselor satu tarikh yang tertentu untuk sesi kaunseling.
  • Mengisi Borang Temujanji Sesi Kaunseling yang boleh didapati di bilik kaunseling.
  • Pastikan tarikh dan masa temujanji tersebut.

PENGALAMAN YANG ANDA BOLEH PEROLEH MELALUI KAUNSELING ?

  • Kesedaran Kendiri tentang kekuatan dan kelemahan pelajar.
  • Melihat kejujuran, keberanian dan sikap terbuka pelajar.
  • Melatih bagaimana menyelesaikan masalah dalam kehidupan.
  • Mempunyai perasaan positif dan simpati terhadap orang lain.
  • Merasakan diri pelajar difahami oleh orang lain.
  • Rasa tanggungjawab terhadap orang lain.
  • Mengembangkan bakat, minat, kebolehan dan potensi pelajar.
  • Lain-lain...



BLOG UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SMVB


Blog Unit Bimbingan & Kaunseling SMVB ini ditubuhkan pada 27 Oktober 2011. Ia bertujuan untuk memberi  maklumat kepada warga SMVB dan semua pengunjung blog ini tentang aktiviti yang dijalankan dan info yang berguna yang boleh dijadikan sebagai pengajaran.

 Tema Blog UBK SMVB
1 Sekolah 1 Blog Ke Arah Tranfomasi Perkidmatan Bimbingan Dan Kaunseling.

Unit Bimbingan & Kaunseling SMVB akan cuba sebaik mungkin memberi perkhidmatan kepada mereka yang memerlukan dan melahirkan generasi pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual.

 Carta Organisasi Blog UBK SMVB

Guru Pembimbing
 

Mohamad Azhar Bin Mohamad Ghazali



Nur Aisyah Binti Wan Husin


Moderator
Nik Mohamad Zhafran Bin Nik Mohd Zuber
Nadzhan Nashdy Bin Zulhairazee
Nor Izzathisyamuddin Bin junaidi

Sekian, Terima kasih.

0 comments:

:10 :11 :12 :13 :14 :15 :16 :17
:18 :19 :20 :21 :22 :23 :24 :25
:26 :27 :28 :29 :30 :31 :32 :33
:34 :35 :36 :37 :38 :39

Post a Comment