Sunday 30 October 2011

Home » » Keberkatan Islam Dan Iman

Keberkatan Islam Dan Iman

Pertemuan 2
Persaksian manusia di alam roh
Bayi lahir dalam keadaan fitrah
Nikmat iman & Islam adalah nikmat terbesar

Assalamu'alaikum Wr. Wbt!!
Adik-adik sekalian yang abang cintai kerana Allah, Alhamdulillahi Rabbil 'Alamin! Sekali lagi kita bertemu dalam majlis yang mulia ini. Majlis yang di dalamnya disebut nama Allah.. Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa Allah akan menurunkan rahmat dan ketenangan hati bagi kita yang hadir dalam majlis tersebut. Majlis yang di dalamnya disebut nama Allah jer…kalau tak der disebut nama Allah bukan ketenangan yang datang tapi yang lain lak datang iaitu kesetanan..huhuhu ! Dan insya Allah, majlis ini adalah salah satu di antaranya.

Adik-adik, di samping itu Rasulullah juga bersabda bahawa malaikat-malaikat pun turut hadir menaungi majlis tersebut dengan sayap-sayap mereka. Mereka tidak terlihat oleh kita akan tetapi mereka hadir dekat dengan kita. Selawat serta salam semoga tercurah kepada Rasulullah Muhammad SAW serta kepada keluarga dan para shahabatnya baginda.

Kesaksian Manusia di Alam Ruh
Adik-adik, mari kita semak satu ayat yang indah yang terdapat di dalam kitab Allah iaitu Al Qur'an. Allah berfirman :"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi (tulang rusuk) mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman) : 'Alastu birobbikum?' ("Bukankah Aku ini Tuhanmu?") Mereka menjawab: 'Balaa syahidnaa!' (Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi"). (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak akan mengatakan : 'Sesungguhnya kami (bani Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap ini (keesaan Tuhan)'." (QS 7 Al A'raf : 172) nanti minta diperhatikan ayat ini…sedalam2nya dengan kefahaman apa yang difahami dari ayat ini....sebab ini dalil dan harap murabbi (pembimbing) dapat menjelaskan pada mutarobi (binaan kita) setelah ayat ini dibacakan..

Adik-adik sekalian, dalam surah tersebut Allah berfirman bahawa semua manusia – termasuk abang dan adik-adik semua, pernah dibariskan di hadapan Allah 'Azza wa Jalla. Saat itu Allah pernah bertanya kepada kita: "Alastu birobbikum?" Bukankan Aku ini Rabb kalian, … Tuhan kalian? Serta merta saat itu kita menjawab : "Balaa syahidnaa!". Betul, kami menjadi saksi (bahawa Engkau Tuhan kami)!!
So, siapa di antara adik-adik yang pernah ingat kalau pernah mengalami peristiwa yang satu ini? Seorang pun di antara kita tidak ada yang ingat, ye kan ! Kenapa,mengapa and why? Kerana peristiwa tersebut terjadi sebelum kita lahir dan sebelum kita ada di dalam kandungan rahim ibu kita. Iaitu di alam roh.

0 comments:

:10 :11 :12 :13 :14 :15 :16 :17
:18 :19 :20 :21 :22 :23 :24 :25
:26 :27 :28 :29 :30 :31 :32 :33
:34 :35 :36 :37 :38 :39

Post a Comment